Ramai owner outlet F&B yang kami jumpa ada masalah yang sama, stok habis tanpa notis, staff rekod tak konsisten, dan laporan hujung bulan jadi pening kepala.
StokBot uruskan semua tu terus dalam WhatsApp. Tak perlu ajar staff guna app baru.
Dasar Tiada Kunci Akses.
Sekiranya lesen tahunan tidak diperbaharui, sistem anda akan terus beroperasi dan data kekal selamat sepenuhnya. Renewal tahunan hanya diperlukan untuk terus menerima support teknikal, kemas kini sistem, dan backup automatik.
FAQ
Soalan yang selalu ditanya
Perlu install aplikasi baru?
Tidak perlu. Semua dilakukan terus dalam WhatsApp yang staff dan manager dah guna sehari-hari.
Perlu bayar setiap bulan?
Tidak ada bayaran bulanan. Anda membayar Onboarding Fee sekali sahaja, termasuk support percuma untuk tahun pertama. Selepas itu, renewal dikenakan secara tahunan sahaja untuk terus menerima support, kemas kini, dan backup. Tiada caj bulanan yang dikenakan.
Apa jadi kalau saya tidak renew lesen tahunan?
Sistem anda akan terus berfungsi. Staff masih boleh merekod pergerakan stok, manager masih boleh meluluskan permintaan, dan data anda kekal selamat sepenuhnya. Akses tidak akan disekat. Yang tidak lagi disediakan selepas tempoh renewal tamat ialah support teknikal, kemas kini sistem, dan backup automatik. Anda boleh renew pada bila bila masa untuk mengaktifkan semula perkhidmatan tersebut.
Boleh guna nombor WhatsApp perniagaan sendiri?
Boleh. Kami sediakan nombor WhatsApp untuk sistem. Kalau anda nak guna nombor perniagaan sendiri, ada caj setup tambahan RM800.
Berapa lama proses setup?
Biasanya antara 1 hingga 3 hari bekerja, bergantung kepada bilangan item dan outlet yang perlu dikonfigurasi. Kami akan maklumkan jangkaan masa yang lebih tepat selepas berbincang.
Sesuai untuk berapa outlet?
Onboarding Fee RM899 merangkumi sehingga 3 outlet dan 20 pengguna. Renewal tahunan seterusnya mengikut tier: RM599 setahun untuk 1 hingga 3 outlet, dan RM1,199 setahun untuk 4 hingga 8 outlet dengan sehingga 40 pengguna. Bagi keperluan melebihi 8 outlet, sila hubungi kami untuk quotation custom.
Bagaimana kalau staff tidak biasa dengan teknologi?
Arahan StokBot sangat ringkas - "IN ayam 5", "OUT tepung 2". Selagi staff tahu hantar mesej WhatsApp, mereka boleh guna sistem ini. Kami juga sediakan panduan ringkas untuk diberi kepada staff.
Data kami selamat?
Data disimpan dalam pangkalan data cloud dengan enkripsi. Setiap pelanggan mempunyai data yang diasingkan sepenuhnya daripada pelanggan lain. Pelanggan pelan penyelenggaraan mendapat backup automatik.
Boleh tambah fungsi khas?
Boleh. Kami boleh bangunkan fungsi tambahan atau integrasi mengikut keperluan operasi anda. Hubungi kami untuk bincang skop dan anggaran kos.
Ada trial sebelum membeli?
Ya. Kami menawarkan percubaan 7 hari untuk outlet yang ingin menilai sistem dalam operasi sebenar. Caj komitmen RM99 dikenakan dan akan ditolak sepenuhnya daripada Onboarding Fee jika anda teruskan selepas trial.
Apa jadi kalau ada masalah selepas guna?
Hubungi kami terus melalui WhatsApp. Kami utamakan penyelesaian masalah teknikal dengan segera, terutama untuk isu yang menjejaskan operasi harian anda.
Cuba dahulu sebelum buat keputusan.
Percubaan 7 hari tersedia untuk outlet yang serius mahu menilai StokBot dalam operasi sebenar.